Sosioekonomi Dan Keusahawanan
Selain bekerja di Bandar-bandar, penduduk setempat turut menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Antaranya adalah seperti bercucuk tanam,jualan barangan kraf dan jualan hasil tani.
Gerai Tani
Gerai tani yang hanya dibuka bermula hari Sabtu hingga Ahad ini merupakan tempat dimana para petani menjual hasil tani mereka. Selain itu para usahawan juga menggunakan tempat tersebut untuk menjual barangan kraftangan yang dihasilkan oleh mereka sendiri.
Doreen Enterprise
Syarikat kecil ini terletak di kampung Bogag. Doreen Enterprise merupakan sebuah syarikat yang membuat pagar dan perniagaan Wellding.
Nangdee Resources
Nangdee Resources adalah sebuah syarikat usahawan yang menjual barangan kraf seperti, raga, tikar kelasah,tempayan,pasu, ukiran kayu dan pelbagai lagi barangan karaf yang unik dan menarik. Kebanyakkan barangan kraf yang dijual merupakan barangan tradisional dan melambangkan identiti masyarakat Bidayuh Sarawak.