Kelas Keusahawanan Penghasilan Kek Muffin
26 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 25 Oktober 2016, PI Bogag dan PI Skio sekali lagi telah bekerjasama menjalankan sebuah kelas keusahawanan. Kelas ini dihadiri oleh seramai 15 orang peserta cilik yang berminat untuk menjadi usahawan muda. Kelas ini antara lain bertujuan untuk dijadikan sebagai medium pencetus idea kepada para peserta supaya mereka berminat untuk menghasilkan produk sendiri dan menjadi seorang usahawan muda kelak. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membolehkan peserta mempelajari cara mudah menghasilkan kek muffin.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: