Memperkasakan Peserta Menggunakan Microsoft Word
2 Mac 2016 | Aktiviti Terkini
1 Mac 2016, Bertempat di Bilik Latihan PI Serasot satu kelas asas menaip menggunakan Microsoft Word telah dijalankan. Kursus pendek ini adalah kerjasama tenaga pengajar dari PI Bogag dan Serasot. Kursus yang mengambil masa selama dua jam sahaja ini telah disertai oleh seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah SK Serasot sendiri. Selain daripada itu para peserta juga diajak bermain permainan KDB iaitu ‘Action Kamen’ bagi menerapkan peri pentingnya menjaga keselamatan diri ketika menggunakan Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: