Kursus Pendek Microsoft Office Dan KDB
6 Mac 2016 | Aktiviti Terkini
5 Mac 2016, Bertempat di Bilik Latihan PI Serasot satu kelas asas menggunakan Microsoft Office Word & Excel telah dijalankan hasil kerjasama kakitangan PI Bogag dan Serasot. Kursus ini dijalankan bagi membantu meningkatkan penguasaan para peserta dalam menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Excel. Peserta diajar asas menaip menggunakan Microsoft Word dan asas pengiraan menggunakan Microsof Excel. Pada penghujung sesi pembelajaran peserta turut diajak mengikuti aktiviti KDB ‘Action Kamen’ dan ‘Telefon Karat’ bagi menerapkan kepentingan keselamatan internet dikalangan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: