Kursus Pendek Microsoft Office
9 Mac 2016 | Aktiviti Terkini
8 Mac 2016, Bertempat di Bilik Latihan PI Serasot satu kelas asas menggunakan Microsoft Office Word & Excel telah dijalankan hasil kerjasama kakitangan PI Bogag, Serasot dan Tanjung Bowang. Kursus yang dihadiri oleh dua orang suri rumahtangga ini adalah bertujuan untuk membantu memberikan bimbingan kepada mereka dalam menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Excel. Peserta diajar asas menaip menggunakan Microsoft Word dan cara mudah untuk menyediakan jadual harian menggunakan Microsof Excel. Diharap apa yang mereka pelajari dapat membantu meningkatkan kebolehan mereka menggunakan computer dan memudahkan mereka melayari internet di masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: