Kelas Keusahawanan ‘Teknik Mengunting Rambut’
16 Mac 2016 | Aktiviti Terkini
15 Mac 2016, bertempat di Bilik Latihan PI Skio satu kelas keusahawanan tentang teknik mengunting rambut ala professional telah dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada bakal usahawan yang berminat untuk membuka salun rambut. Program yang dijalankan selama 3 jam ini telah diajar oleh seorang pengusaha salun rambut dari pekan Bau iaitu Encik Alex.
Para peserta diberi tunjuk ajar secara praktikal cara-cara mengunting rambut seperti seorang pengunting rambut professional. Kelas ini juga bertujuan untuk memperkenalkan perserta kepada peralatan asas yang perlu ada untuk mengunting dan mendandan rambut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: