Kempen Klik Dengan Bijak dan Booth PI
21 Mac 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 20 Mac 2016, bersempena dengan Hari Perasmian dan Hari Terbuka PI Pasir Pandak, PI Bogag bersama dengan PI Skio dan PI Tanjung Bowang telah membantu menjalankan Kempen Klik Dengan Bijak untuk para pengunjung. Mendidik Pengguna Internet cara pengunaan internet dengan betul dan selamat. Kempen ini adalah bertujuan untuk mewujudkan komuniti pengguna internet yang bijak. Disamping itu, ia juga berujuan untuk memberikan penekanan tentang peri pentingnya menjaga keselamatan ketika melayari internet melalui aktiviti Klik Dengan Bijak.
Selain daripada itu, pelbagai aktiviti turut kami jalankan di Booth PI bagi menarik perhatian pengunjung. Antara aktiviti yang kami jalankan adalah seperti, Kuiz KDB & ICT, pertandingan mencipta slogan PI, Pendaftaran Ahli PI, Photobooth PI, Pertandingan menaip terpantas, Tiket untuk pengunjung bertuah, aktiviti permaianan KDB dan banyak lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: