Kursus Pendek Microsoft Office
14 November 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 14 November 2015, bertempat di PI Bogag telah diadakan Kursus Pendek Microsoft Office. Kursus ini merupakan kerjasama antara PI Bogag dan PI Tanjung Bowang. Semasa kursus peserta diperkenalkan dengan asas pemprosesan perkataan (Microsoft Word). Selepas kursus, pihak PI telah mengadakan pertandingan menaip terpantas untuk menguji pengetahuan peserta berkaitan apa yang telah diajar dan hasilnya para perserta semakin mahir menggunakan Microsoft Word dengan lebih berkesan. Antara aktiviti yang turut diselitkan semasa kursus adalah tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB) yang mana video yang ditayangkan adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta supaya bijak menggunakan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: