Kelas Microsoft Word & Kemahiran Mendengar
2 Julai 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 1 Julai 2016, Seramai 5 orang peserta telah mengikuti kelas pendek Microsoft Word yang diadakan di PI Skio. Kali ini para peserta diberikan tugasan untuk menaip perkataan yang dibacakan secara tepat dan mengikut ejaan yang betul. Aktiviti ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kemahiran mendengar secara lisan para peserta. Bagi menambahkan keseronokan kelas ini, kelas ini dijalankan dalam bentuk pertandingan. Peserta paling kurang kesalahan ejaan dan tatabahasa telah diangkat sebagai pemenang dalam pertandingan ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: