Kelas E-Learning Bersama Murid-Murid Tabika KEMAS Kpg. Krokong
13 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 12 Ogos 2016, Seramai 12 orang murid dari Tabika KEMAS Kpg. Krokong telah mengikuti Kelas E-Learning yang telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Krokong atas kerjasama PI Bogag dan PI Krokong dan dibantu oleh Guru Pengiring dari Tabika KEMAS Kpg. Krokong.
Tujuan kelas ini diadakan adalah memperkenalkan kaedah e-learning kepada para peserta supaya mereka mencintai ilmu pengetahuan disamping merangsang minat mereka untuk belajar. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk mendedahkan para peserta terhadap penggunaan ICT dalam proses pelajaran dan pembelajaran mereka.
Di dalam kelas ini, para peserta diajar bagaimana untuk mengenal pasti dan membezakan huruf abjad melalui permainan atas talian (http://www.education.com/games/). Aktiviti seperti menyanyi dan menari turut diadakan dimana video Didi & Friends ditayangkan dan dimainkan melalui laman web www.youtube.com. Didi & Friends adalah merupakan lagu kanak-kanak khas untuk anak-anak yang berumur 2 - 5 tahun. Selain menonton, para peserta juga berpeluang untuk menyanyi dan menari bersama-sama. Aktiviti-aktiviti ini diharap dapat merangsang minda, kreativiti dan keupayaan berfikir mereka serta menarik minat mereka untuk belajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: