Kelas Asas Microsoft Word Sesi 1
6 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniKelas Asas Microsoft Word Sesi 1 ini telah diadakan pada 5 Januari 2022, hari Rabu bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bogag. Dalam kelas ini, peserta diberi tunjuk ajar asas Microsoft Word 2013 berpandukan tutorial Microsoft Word 2013 yang boleh diakses secara percuma melalui laman web edu.gcfglobal.org.
Antara topik yang diajar adalah:
- Pengenalan kepada MS Word 2013 - Ribbon, Tabs & Backstage View
- Menaip dan memformat teks
- Membuat dan memformat jadual
- Memasukkan dan memformat gambar
- Page layout
- Indents and Tabs
- Line and Paragraph Spacing
- Lists
- Header, Footers, and Page Numbers
Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengahari ini telah dihadiri oleh seorang ahli PEDi Bogag.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: