Kelas Membuat Kad Ucapan menggunakan Canva & Advokasi CYL

6 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas Membuat Kad Ucapan mengunakan Canva dan Advokasi Check Your Label (CYL) ini telah diadakan pada 5 Februari 2022, hari sabtu bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bogag.

Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada platform reka bentuk grafik iaitu Canva (www.canva.com). Canva adalah satu aplikasi untuk reka bentuk grafik yang percuma dan boleh diakses dengan mudah melalui laman web atas talian atau melalui telefon mudah alih. Selain itu, Canva lebih mudah untuk dipelajari dan kerja-kerja reka bentuk grafik dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah.

Antara topik berkaitan Canva yang diajar adalah:

  • Pengenalan kepada Canva (www.canva.com)
  • Pendaftaran akaun Canva
  • Mengenali Menu dan Fungsi Canva
  • Penggunaan Templates, Texts, Fonts, Colors, Images, Backgrounds, Layouts and Shapes
  • Membuat Kad Ucapan Tahun Baru Cina menggunakan Canva
  • Memuat turun Kad Ucapan

Selepas itu, advokasi Check Your Label (CYL) diadakam dengan tujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang kepentingan memastikan peralatan komunikasi mempunyai label MCMC yang sahih sebelum membelinya. Disamping itu, para peserta turut diberi pendedahan tentang kaedah pemeriksaan untuk menentukan kesahihan label MCMC yang terdapat pada peralatan komunikasi. Para peserta turut berpeluang untuk menyemak label MCMC pada telefon pintar mereka melalui laman web ecomm.sirim.my.

Kelas yang berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula pada pukul 11.00 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengahari ini telah dihadiri oleh 2 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali