Kelas Asas Microsoft Word Sesi 2 & KDB
5 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 5 Julai 2022, PEDi Bogag telah menjalankan sebuah kelas asas Microsoft Word Sesi 2 dan Kempen Klik Dengan Bijak. Kelas ini dijalankan bersama tiga orang ahli PEDi Bogag yang merupakan pelajar lepasan Sekolah Menengah. Dalam sesi kali ini, peserta diajar memahami tab menu Insert dan diberikan latihan memasukkan Shapes, SmartArt, Chart & Screenshot ke dalam dokumen mereka. Latihan-latihan pengukuhan yang diberikan diharap dapat memabantu meningkatkan kemahiran peserta dalam memahami tab menu yang ada di dalam Microsoft Word sekaligus mampu menggunakannya dengan baik.
Kelas ini dijalankan selama dua jam bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 11 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: