Kursus Latihan Pengendali Makanan
29 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 28 September 2022, NZ Bunga Venture bersama Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan kursus Latihan Pengendali Makanan. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan betul dan selamat agar pengguna tidak terkena jangkitan bawaan makanan. Kursus ini telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom.
Di dalam kursus ini, para peserta telah didedahkan dengan perkongsian mengenai topik seperti:
- Kebersihan Makanan
- Keselamatan Makanan
- Faktor-faktor kritikal Keracunan Makanan
Dalam kursus ini, para peserta turut perlu menjawab soalan diawal dan diakhir kursus bagi menguji pemahaman dan pengetahuan para peserta tentang kursus yang dijalankan.
Turut diselitkan juga advokasi Check Your Label (CYL) yang bertujuan untuk mendidik para peserta akan kepentingan membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC yang sah serta kaedah menyemak label MCMC yang sah pada telefon pintar mereka.
Kursus yang berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 9.30 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengahari ini telah dihadiri seramai 6 orang peserta dari PEDi Bogag.
Terima kasih diucapkan kepada semua para peserta yang telah menyertai dan diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberi informasi baru dan pengetahuan berguna kepada mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: