Kelas Asas Microsoft Excel

11 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 April 2022, PEDi Bogag telah mengadakan kelas asas Microsoft Excel bersama dua orang peserta. Peserta yang baru pertama kali mengikuti kelas ini telah diperkenalkan dengan Interface Microsoft Excel untuk memastikan mereka tahu akan fungsi-fungsi asas dan cara menggunakan tools dan buttons penting di dalamnya. Peserta diberikan latihan menaip borang kehadiran untuk memastikan mereka tahu cara memasukkan data ke dalam setiap cell mengikut column dan row yang ditetapkan. Peserta turut diajar cara menggunakan Data Validation, menambah worksheet, cara copy paste sheet dan seterusnya cara menyimpan hasil kerja mereka.

Kelas yang dijalankan selama dua jam ini dijalankan bermula dari pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali