Kelas Belajar menggunakan Aplikasi Zoom & Microsoft Teams
31 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniKelas Belajar menggunakan Aplikasi Zoom dan Microsoft Teams ini telah diadakan pada hari Sabtu, 30 Januari 2021 bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag. Dalam kelas ini, peserta diperkenalkan kepada aplikasi persidangan video yang boleh digunakan untuk mengadakan mesyuarat dalam talian iaitu Zoom dan Microsoft Teams. Peserta juga diberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan kedua-dua aplikasi tersebut untuk menghadiri mesyuarat dalam talian yang dijalankan pada hari tersebut. Kelas ini telah diadakan selama 1 jam iaitu bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 3.00 petang. Kelas ini dihadiri oleh seorang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: