Kelas Asas ICT & Microsoft Word Minggu Ke-2
11 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 10 April 2021, PIK Bogag telah mengadakan kelas asas ICT & Microsoft Word. Kelas ini merupakan sesi ke-2 bersama dua orang pengunjung PIK Bogag. Sesi ini merupakan kesinambungan sesi minggu sebelumnya. Peserta diberikan tugasan untuk meningkatkan pemahaman menggunakan tab menu ‘Insert’ dan diajar cara memasukkan jadual (table) dan gambar (picture) ke dalam dokumen kerja mereka. Peserta sebelum itu diajar asas menggunakan google search enjin dengan cara yang betul untuk mencari maklumat dari internet serta diajar cara menyimpan info yang diperolehi ke dalam komputer mereka. Selain daripada itu, peserta turut diberikan taklimat Klik Dengan Bijak yang memfokus kepada topik Video Chat. Peserta turut diberikan tugasan menaip maklumat berkenaan dengan topik tersebut dalam dokumen Microsoft Word mereka. Kelas yang dijalankan selama dua jam ini dijalankan bermula dari pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: