Kelas Asas MS Word & E-Learning

11 April 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas MS Word dan E-Learning ini telah diadakan pada 10 April 2021, hari Sabtu bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag. Dalam kelas ini, peserta mempelajari cara untuk menaip menggunakan MS Word. Peserta juga diajar cara untuk menukar format teks yang telah ditaip seperti jenis, saiz dan warna fonts.Selepas itu, peserta membuat ulangkaji matapelajaran Matematik Tahun 1 bagi Topik 1 iaitu ‘Nombor Hingga 100’. Peserta berpeluang membuat latihan berkaitan topik yang telah dipelajari dengan menjawab soalan kuiz secara atas talian melalui laman web quizizz.com. Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pukul 11.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengahari ini telah dihadiri oleh seorang pelajar Tahun 1.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali