Kelas Asas Microsoft Word & Latihan Menaip Secara Atas Talian
14 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 Mac 2021, PIK Bogag telah mengadakan kelas asas Microsoft Word & latihan menaip secara atas talian bersama seorang pelajar Tahun 1. Peserta yang baru mula menggunakan komputer didedahkan kepada komponen asas komputer dan fungsinya. Pada sesi ini juga, peserta telah diperkenalkan dengan asas penggunaan Microsoft Word dari Interface, fungsi button dan tools, latihan asas menaip di dalam dokumen sehinggalah cara menyimpan (save) dokumen yang sudah siap. Peserta kemudiannya diperkenalkan dengan laman web typingclub.com dimana peserta berpeluang belajar cara asas menaip dengan teknik yang betul secara atas talian. Kelas yang dijalankan selama dua jam ini dijalankan bermula dari pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 4 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: