Kelas Asas MS Word (Bentuk) dan e-Learning (Quizizz)

9 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas MS Word (Bentuk) dan e-Learning (Quizizz) ini telah diadakan pada 8 Mei 2021, hari Sabtu bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag.Dalam kelas ini, peserta mempelajari cara memasukkan bentuk (shape) ke dalam Microsoft Word. Selain itu, peserta juga mempelajari cara untuk memformat bentuk dengan mengubah warna isian (fill color), warna garisan luar (outline color), gaya bentuk (shape sytle), dan kesan bentuk (shape effects). Selepas itu, para peserta membuat ulangkaji pelajaran dengan menjawab soalan kuiz untuk matapelajaran Matematik Tahun 1 melalui laman web quizizz.com. Kelas yang dijalankan selama 2 jam bermula pada pukul 2.00 petang ini telah dihadiri oleh seorang pelajar Tahun 1. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali