Kelas Menaip Surat Tidak Rasmi (MS Word) & Kuiz Atas Talian (Quizizz)

21 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Menaip Surat Tidak Rasmi (MS Word) & Kuiz Atas Talian (Quizizz) ini telah diadakan pada 20 Januari 2021, hari Rabu bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag. Dalam kelas ini, para peserta diajar format untuk membuat surat tidak rasmi yang betul. Sebelum menaip surat tidak rasmi, para peserta diberi penerangan berkaitan tujuan penggunaan Microsoft Word dan fungsi-fungsi ribbon yang terdapat dalam Microsoft Word.

Melalui sesi latihan menaip ini, para peserta dapat mengetahui cara untuk membuat surat tidak rasmi yang betul disamping dapat meningkatkan kemahiran dan kecekapan menaip mereka. Selepas itu, kuiz atas talian yang merangkumi pelbagai subjek pelajaran dijalankan melalui laman web quizizz.com. Melalui kuiz ini, para peserta diharap akan lebih berminat untuk menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran. Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 2.00 petang dan tamat pada pukul 4.00 petang ini telah dihadiri oleh seramai 4 orang pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali