Kelas Asas Microsoft Word & e-Learning

4 April 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Microsoft Word dan e-Learning ini telah diadakan pada 3 April 2021, hari Sabtu bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag.

Dalam kelas ini, peserta diperkenalkan kepada Microsoft Word 2013 termasuk ribbon dan tab-tab beserta fungsinya. Selain itu, peserta turut mempelajari cara menaip menggunakan Microsoft Word.

Selepas itu, peserta membuat ulangkaji pelajaran iatu mengenali dan mempelajari huruf/abjad, cara menyebut huruf vocal dan konsonen serta membaca suku kata. Disamping itu, peserta juga diminta untuk menaip huruf/abjad, nama dan karangan pendek menggunakan MS Word.

Akhir sekali, peserta diperkenalkan kepada laman web abcya.com. Laman web ini menyediakan permainan dan aktiviti pendidikan untuk kanak-kanak sekolah yang menyeronokkan secara percuma. Melalui laman web ini, peserta berpeluang membuat latihan berkaitan huruf/abjad.

Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengahari ini telah dihadiri oleh 1 orang pelajar tahun 1.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali