Kelas Asas ICT & Microsoft Word

4 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 3 April 2021, PIK Bogag telah mengadakan kelas asas ICT & Microsoft Word bersama dua orang pengunjung PIK. Peserta yang baru pertama kali menyertai kelas yang dijalankan di PIK Bogag didedahkan kepada komponen asas komputer dan fungsinya. Pada sesi ini juga, peserta telah diperkenalkan dengan asas penggunaan Microsoft Word dari memilih template dokumen, memahami Interface, serta fungsi button dan tools yang terdapat di dalamnya. Dalam sesi kali ini, peserta diberikan latihan menaip yang memfokus kepada penggunaan tab menu Home.

Kelas yang dijalankan selama dua jam ini dijalankan bermula dari pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali