Kelas Asas Microsoft Word Minggu Ke-3 & Latihan Menaip Atas Talian

25 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 April 2021, PIK Bogag telah mengadakan kelas asas Microsoft Word minggu ke-4 dan latihan menaip atas talian bersama dua orang peserta. Sesi ini merupakan kesinambungan sesi minggu sebelumnya. Pada minggu ini peserta diajar menggunakan tab menu Insert dan memfokus kepada sub menu Chart dan ScreenShot. Pada sesi ini, peserta diberikan tunjuk ajar dan latihan praktikal cara memasukkan carta (Column & Pie) ke dalam dokumen kerja mereka. Seterusnya mereka diajar cara menggunakan tab menu insert Screenshot serta diberi latihan memuat masuk screenshot dalam dokumen. Peserta turut diajar cara memasukkan comment (komen) sebagai nota rujukan dalam dokumen mereka.

Peserta kemudiannya diperkenalkan kepada laman web typingclub.com dimana mereka berpeluang belajar teknik menaip dengan cara yang betul melalui latihan-latihan menaip secara atas talian.

Kelas yang dijalankan selama dua jam ini dijalankan bermula dari pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali