Kelas Asas MS Word & e-Learning Minggu ke-4
25 April 2021 | Aktiviti TerkiniKelas Asas MS Word dan e-Learning Minggu ke-4 ini telah diadakan pada 24 April 2021, hari Sabtu bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag.
Dalam kelas ini, peserta diberi tunjur ajar cara membuat jadual menggunakan MS Word. Peserta turut mempelajari cara untuk memasukkan teks ke dalam jadual, dan menukar format jadual dan teks yang dimasukkan ke dalam jadual.
Selepas itu, peserta membuat ulangkaji matapelajaran Matematik dengan menjawab soalan kuiz secara atas talian melalui laman web quizizz.com.
Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengahari pagi ini telah dihadiri oleh seorang pelajar Tahun 1.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: