Kelas Asas ICT & Microsoft Word
20 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 September 2021, PIK Bogag telah mengadakan kelas asas ICT & Microsoft Word bersama dua orang pengunjung PIK. Peserta yang baru pertama kali menyertai kelas yang dijalankan di PIK Bogag didedahkan kepada komponen asas komputer dan fungsinya. Peserta turut diperkenalkan dengan laman latihan menaip secara atas talian iaitu typingclub.com. Dalam sesi ini juga, peserta telah diperkenalkan dengan asas penggunaan Microsoft Word dari memilih template dokumen serta fungsi button dan tools yang terdapat di dalamnya. Dalam sesi kali ini, peserta diberikan latihan menaip yang memfokus kepada penggunaan tab menu Home.
Kelas yang dijalankan selama dua jam ini dijalankan bermula dari pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: