Kelas Menaip Surat Rasmi (MS Word), Kuiz Atas Talian (Quizizz) & Advokasi CYL
21 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniKelas Menaip Surat Rasmi (MS Word), Kuiz Atas Talian (Quizizz) dan Advokasi CYL ini telah diadakan pada 20 Februari 2021, hari Sabtu bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag.
Dalam kelas ini, para peserta diajar format untuk membuat surat rasmi yang betul. Sebelum menaip surat rasmi, para peserta diberi penerangan berkaitan tujuan penggunaan Microsoft Word dan fungsi-fungsi ribbon yang terdapat dalam Microsoft Word. Melalui sesi latihan menaip ini, para peserta dapat mengetahui cara untuk membuat surat rasmi dengan format yang betul disamping dapat meningkatkan kemahiran dan kecekapan menaip mereka.
Selepas itu, kuiz atas talian yang merangkumi pelbagai subjek pelajaran dijalankan melalui laman web quizizz.com. Melalui kuiz ini, para peserta diharap akan lebih berminat untuk menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran.
Akhir sekali, advokasi Check Your Label (CYL) diadakan dengan tujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang kepentingan memastikan peralatan komunikasi mempunyai label MCMC yang sahih sebelum membelinya. Disamping itu, para peserta turut diberi pendedahan tentang kaedah pemeriksaan untuk menentukan kesahihan label MCMC yang terdapat pada peralatan komunikasi. Para peserta juga berpeluang untuk menyemak label MCMC pada peralatan komunikasi mereka melalui aplikasi Check Your Label yang dimuat turun dari Google Play.
Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 11.00 pagi dan tamat pada pukul 1.00 petang ini telah dihadiri oleh seramai 4 orang pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: