Kelas Microsoft Excel Minggu ke-2

13 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Oktober 2021, PIK Bogag telah menjalankan Kelas MS Excel Minggu Ke-2 secara individu bersama seorang peserta.

Pada sesi ini, peserta diberikan beberapa latihan pengukuhan untuk memastikan peserta mampu menggunakan Microsoft Excel dengan baik. Peserta turut diajar cara menghubungkan formula daripada setiap lembaran kerja berbeza. Peserta turut diajar cara saving & sharing workbook, serta cara menyimpan workbook ke dalam bentuk pdf. Peserta kemudiannya diajar cara yang betul melihat hamparan, mengubah margin, mengubah orientasi halaman, mencetak dan banyak lagi.

Kelas yang dijalankan selama 2 jam ini bermula dari pukul 2.30 petang hingga pukul 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali