MDB Talk Series: Slot Cakna Minda “Mengurus Kesejahteraan Mental Semasa Pandemik Covid-19”

11 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Julai 2021, Kluster MDB mengadakan sebuah lagi program bual bicara santai di bawah slot Cakna Minda secara Live Streaming selama dua jam bersama Puan Correli Nyobik, Kaunselor Berdaftar Sektor Psikologi dan Kaunseling dari Pejabat Pendidikan Daerah Bau. Slot Cakna Minda ini diadakan untuk membincangkan topik “Mengurus Kesejahteraan Mental Semasa Pandemik Covid-19”.

Melalui program ini, penceramah jemputan membincangkan tentang apa yang dimaksudkan sebagai kesejahteraan mental, cara mengenalpasti simptom orang yang sedang mengalami tekanan mental serta tips-tips menguruskan kesejahteraan mental masing-masing terutama di musim pandemik Covid-19 yang mencabar ini. Program ini antara lain bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada umum akan pentingnya menjaga kesejahteraan mental untuk kehidupan yang lebih sihat.

Sesi soal jawab turut dijalankan dimana penceramah menjawab pelbagai pertanyaan daripada penonton program. Slot Cakna Minda yang dijalankan bermula jam 2.30 petang itu berakhir pada pukul 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali