Kelas Asas Microsoft Excel

6 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 4 & 5 Oktober, PIK Bogag telah menjalankan Kelas Asas Microsoft Excel secara individu bersama seorang pengunjung.

Dalam kelas ini, peserta diperkenalkan kepada interface Microsoft Excel serta memahami fungsi asas setiap menu bar dan ribbons yang terdapat dalam Microsoft Excel. Peserta diberikan latihan secara praktikal memasukkan data ke dalam cell dan diajar cara memahami cara add, delete, copy & move worksheet, serta freeze column & row dalam setiap worksheet Microsoft Excel.

Pada hari kedua kelas ini peserta diajar lebih mendalam tentang Microsoft Excel. Beliau diajar cara memahami setiap collumn & row, fungsi drag & drop, serta cara menggunakan formula mudah secara automatik menggunakan formula Autosum. Peserta turut diajar cara yang betul untuk menggunakan dan memasukkan formula yang lebih kompleks untuk menyelesaikan operasi penggiraan tambah, tolak, darab, bahagi serta purata.

Kelas yang dijalankan selama dua hari berturut-turut ini dijalankan selama 2 jam setiap sesi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali