Kelas MS Word & e-Learning
20 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 19 Oktober 2020, Kelas MS Word & e-Learning telah dijalankan bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 4 petang di PI Bogag. Kelas secara individu ini disertai seorang pelajar Sekolah Rendah. Peserta diajar cara memasukkan shapes ke dalam dokumen MS word dan menaip data dalam shapes tersebut. Peserta diberikan latihan secara praktikal agar beliau dapat meningkatkan kemahirannya menggunakan MS Word. Seterusnya, peserta diperkenalkan dengan laman kuiz atas talian iaitu quizizz.com dan diberikan peluang menjawab soalan-soalan kuiz UPSR tahun-tahun lepas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: