Kelas Asas MS Word

16 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas MS Word ini telah diadakan pada hari Khamis, 15 Oktober 2020 bertempat di Pusat Internet Bogag.Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada MS Word dan juga “ribbon-ribbon” MS Word beserta fungsinya. Para peserta diajar memasukkan teks dan gambar yang telah dimuat turun dari internet ke dalam MS Word.

Selain itu, para peserta juga mempelajari cara untuk mengedit gambar dan menukar format teks. Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 2.00 petang ini telah dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali