Kelas Asas MS Word

11 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas MS Word ini telah diadakan pada hari Isnin, 10 Februari 2020 bertempat di Pusat Internet Bogag. Dalam kelas ini, peserta diperkenalkan kepada MS Word dan juga ribbon-ribbon MS Word beserta fungsinya. Peserta diajar memasukkan teks, ‘text box’ dan gambar yang telah dimuat turun dari internet ke dalam dokumen MS Word.

Selain itu, peserta juga diajar untuk mengedit gambar tersebut dan menukar format tulisan teks. Kelas yang berlangsung selama 1 jam bermula pada pukul 8.30 pagi ini telah dihadiri oleh seorang pelajar sekolah menengah. Kelas tamat pada pukul 9.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali