Kelas Membuat Resume, Latihan Menaip & Kempen KDB bersama Lepasan SPM

15 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Membuat Resume, Latihan Menaip dan Kempen KDB ini telah diadakan pada 14 Februari 2020 (Jumaat) bertempat di Pusat Internet Bogag. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari penggunaan asas MS Word untuk membuat resume untuk tujuan permohonan kerja. Mereka turut diperkenalkan kepada templat dan format resume kerja yang terkini.

Selepas itu, mereka diperkenalkan kepada laman web belajar menaip secara atas talian iaitu www.typingclub.com. Melalui laman web ini, mereka berpeluang untuk mempelajari teknik menaip yang betul disamping dapat meningkatkan kemahiran dan kepantasan menaip mereka. Akhir sekali, taklimat ringkas berkaitan topik Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu Kesahihan Maklumat diadakan bagi mendidik mereka agar tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti kesahihannya agar tidak mendatangkan masalah kepada diri dan juga orang lain. Kelas yang berlangsung selama 4 jam bermula pukul 8.00 pagi dan tamat pukul 12.00 tengahari ini telah dihadiri seramai 3 orang lepasan SPM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali