Aktiviti Bulan Kemerdekaan : Kelas rakaman & penyuntingan video TikTok kemerdekaan
6 September 2020 | Aktiviti TerkiniAktiviti penghayatan bulan kemerdekaan ini telah disertai oleh seramai 8 orang peserta. Mereka telah diperkenalkan dan diajar menggunakan aplikasi TikTok untuk merakam dan menyunting video kemerdekaan mereka. Aktiviti ini dijalankan antara lain bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotik dan rasa cintakan Negara di kalangan para peserta. Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula dari pukul 2 petang dan tamat pada pukul 5 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: