Kelas Asas MS Word - Jadual & Bentuk

19 November 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas MS Word ini telah diadakan pada 18 November 2020, hari Rabu bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag. Dalam kelas ini, peserta diberi tunjur ajar cara membuat jadual menggunakan MS Word. Peserta turut mempelajari cara untuk memasukkan teks dan gambar ke dalam jadual, dan mengubah format jadual, teks dan gambar.

Selepas itu, peserta diajar cara memasukkan bentuk (shape) ke dalam MS Word. Selain itu, peserta juga mempelajari cara untuk memformat bentuk dengan mengubah warna isian (fill color), warna garisan luar (outline color), gaya bentuk (shape sytle), dan kesan bentuk (shape effects). Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 9 pagi ini telah dihadiri oleh seorang peserta yang merupakan suri rumah tangga. Kelas tamat pada pukul 11 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali