Kelas Asas MS Word (Bentuk), Quizizz & Advokasi KDB

5 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

KKelas Asas MS Word (Bentuk), Quizizz dan Advokasi KDB ini telah diadakan pada 4 Oktober 2020, hari Ahad bertempat di Pusat Internet Bogag. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari cara memasukkan bentuk (shape) ke dalam MS Word. Selain itu, para peserta juga mempelajari cara untuk memformat bentuk dengan mengubah warna isian (fill color), warna garisan luar (outline color), gaya bentuk (shape sytle), dan kesan bentuk (shape effects). Para peserta juga diberikan latihan kendiri iaitu merekabentuk rumah dan latar belakang rumah menggunakan koleksi bentuk dalam MS Word.

Selepas itu, para peserta membuat ulangkaji pelajaran dengan menjawab soalan kuiz untuk pelbagai matapelajaran melalui laman web quizizz.com. Akhir sekali, taklimat advokasi KDB berkaitan topik Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong diadakan bagi mendidik para peserta agar sentiasa berhati-hati, berwaspada dan bertanggungjawab dalam memberi pendapat atau pandangan dan berkongsi sesuatu maklumat di internet. Kelas yang dijalankan selama 3 jam bermula pada pukul 11.00 pagi ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 2.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali