Kelas Kuiz Atas Talian (Quizizz) & Advokasi Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong

2 November 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Kuiz Atas Talian (Quizizz) dan Advokasi Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong ini telah diadakan pada 1 November 2020, hari Ahad bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag. Dalam kelas ini, para peserta berpeluang untuk membuat ulangkaji pelajaran secara atas talian dengan menjawab soalan kuiz untuk pelbagai matapelajaran seperti Bahasa Melayu dan Matematik yang terdapat di laman web www.quizizz.com.

Selepas itu, advokasi berkaitan kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong turut dijalankan. Kempen ini merupakan usaha kerajaan dalam memerangi berita palsu. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti 'bercakap benar', 'bijak menilai', 'beringat bila bercakap' serta memberi fokus kepada impak berita palsu kepada masyarakat. Para peserta turut diingatkan agar tidak berkongsi pembohongan kerana membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar adalah tingkah laku jelik yang tidak boleh diterima. Di samping itu, para peserta turut diperkenalkan kepada portal sebenarnya.my dimana mereka boleh menyemak kesahihan sesuatu berita atau maklumat berkaitan COVID-19. Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 1.00 petang dan tamat pada pukul 3.00 petang ini telah dihadiri oleh seramai 8 orang pelajar sekolah rendah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali