Aktiviti Bulan Kemerdekaan: Menghasilkan Animasi Jalur Gemilang, Kuiz Kemerdekaan & Taklimat KDB

17 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Ogos 2020 PI Bogag telah menjalankan aktiviti menghasilkan animasi Jalur Gemilang bagi menyemarakkan semangat patriotisme dikalangan 4 orang peserta bersempena bulan kemerdekaan ini. Dalam sesi tersebut, para peserta diajar cara menghasilkan bendera Malaysia ‘Jalur Gemilang’ menggunakan Ms PowerPoint serta diajar asas menggunakan ‘Animation Pane’ untuk memasukkan animasi pada hasil kerja mereka.

Selain itu, peserta juga diberikan taklimat ringkas KDB berkenaan topik Rukun Negara bagi memastikan para peserta menjadi pengguna yang bijak dan mengamalkan Rukun Negara ketika berinteraksi di media sosial. Seterusnya, bagi menguji pengetahuan peserta berkenaan Hari kemerdekaan dan pembentukkan Malaysia, para peserta turut diberikan kuiz kemerdekaan secara atas talian melalui laman www.quizizz.com. Aktiviti ini dijalankan pada hari Sabtu bermula dari pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali