Kelas Asas MS PowerPoint (Sesi 1)

22 November 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas MS PowerPoint (Sesi 1) ini telah diadakan pada 21 November 2020, hari Sabtu bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag. Dalam kelas ini, peserta diperkenalkan kepada MS PowerPoint 2013. Peserta juga mempelajari cara untuk membuat, membuka, menyimpan dan berkongsi persembahan (presentation).

Selain itu, peserta juga mempelajari asas bekerja dengan slaid dan susun atur slaid. Akhir sekali, peserta mempelajari cara untuk memotong (cut), menyalin (copy), menampal (paste), memformat (format), dan mencari (find) dan mengganti (replace) teks. Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 9 pagi ini telah dihadiri oleh seorang peserta yang merupakan suri rumah tangga. Kelas tamat pada pukul 11 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali