Kelas Keusahawanan Penjagaan Kulit Bersama Mary Kay & Kempen Advokasi CYL

1 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Februari 2020, PI Bogag bersama-sama dengan PI Skio, PI Tjg Bowang dan PI Krokong telah menyertai kelas keusahawanan penjagaan kulit oleh perunding kecantikan Mary Kay yang berlangsung di Homestay Rabak Dahlia. Program yang disertai oleh 22 orang peserta ini telah berlangsung selama 4 jam bermula dari jam 9.00 dan tamat pada pukul 13.00 tengahari. Kelas keusahawanan ini dijalankan bertujuan untuk memperkenalkan potensi menjadi usahawan dalam bidang kecantikan melalui kelas asas penjagaan kulit oleh perunding kecantikan Mary Kay iaitu Puan Iyvone Anak Dampo.

Dengan adanya kelas ini, para peserta juga dapat meningkatkan keyakinan diri untuk menceburi bidang kecantikan serta belajar teknik asas menjadi perunding kecantikan. Selain itu, para peserta juga diperkenalkan kepada produk-produk kecantikan & penjagaan kulit Mary Kay dan peluang untuk menjadi usahawan Mary Kay. Sebelum kelas tamat, pihak Pusat Internet mengambil kesempatan untuk memberikan kempen kesedaran advokasi Check Your Label kepada para peserta. Kempen kesedaran ini antara lain bertujuan untuk memastikan para peserta tahu akan pentingnya label MCMC dan cara untuk menyemak label tersebut pada peranti elektronik mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali