Bengkel MIV Bersama Komuniti 2020
6 September 2020 | Aktiviti TerkiniBengkel Malaysia ICT Volunteer (MIV) ini telah dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia secara atas talian. Seramai 4 orang Volunteer dari PI Bogag turut terlibat dalam bengkel ini. Menerusi bengkel ini para sukarelawan diberikan taklimat tentang skop tugasan mereka sebagai MIV sepanjang tempoh MIV kali ini berlangsung.
Para sukarelawan diberikan pendedahan dan taklimat penuh tentang kempen KDB dan Advokasi serta kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong agar mereka mampu menyampaikan kempen tersebut dengan baik kepada komuniti sekitar. Program ini berlangsung selama 2 jam iaitu bermula dari pukul 10.30 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: