Kelas Asas MS Word - Graf dan Carta Pai

20 November 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas MS Word ini telah diadakan pada 19 November 2020, hari Khamis bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag. Dalam kelas ini, peserta diberi tunjur ajar cara membuat graf dan carta pai menggunakan MS Word. Selain itu, peserta mempelajari cara untuk memasukkan data ke dalam lembaran kerja (worksheet) untuk menghasilkan graf dan carta pai.

Disamping itu, peserta juga diajar cara menukar jenis carta (chart type), menyusun semula data carta, dan bahkan mengubah susun atur (layout) dan gaya carta (chart styles). Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 9 pagi ini telah dihadiri oleh seorang peserta yang merupakan suri rumah tangga. Kelas tamat pada pukul 11 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali