Kelas Asas Keusahawanan, MS Excel & Kempen Check Your Label

22 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Keusahawanan, MS Excel & Advokasi Check Your Label ini telah diadakan pada 21 Februari 2020 hari Jumaat bertempat di Pusat Internet Bogag. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada MS Excel. Mereka dididik tentang kegunaan MS Excel dalam tugasan kerja. Mereka turut diajar dan diterangkan tentang fungsi ribbon yang terdapat pada MS Excel. Selain itu, mereka diberi tunjuk ajar tentang cara penggunaan formula MS Excel untuk tujuan pengiraan. Mereka juga mempelajari cara untuk membuat jadual menggunakan MS Excel.

Selepas itu, para peserta diperkenalkan kepada asas keusahawanan bagi menerangkan tentang apa itu usahawan dan keusahawanan, dan apa yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan. Disamping itu, mereka juga diberi tunjuk ajar asas menyediakan aliran tunai jualan produk menggunakan MS Excel. Akhir sekali, kempen Check Your Label diadakan bagi mewujudkan kesedaran dikalangan peserta tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah. Kempen ini juga bertujuan mendidik para peserta mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan. Kelas yang berlangsung selama 4 jam ini bermula pada pukul 8.00 pagi ini telah dihadiri seramai 4 orang lepasan SPM. Kelas tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali