Kempen E-Dagang kepada Perusahaan Mikro & PKS oleh MDEC anjuran bersama Pusat Internet Daerah Bau
5 September 2020 | Aktiviti TerkiniProgram ini diadakan secara atas talian (webinar) melalui aplikasi zoom meeting. Kempen ini merupakan anjuran bersama Pusat Internet Daerah Bau dan wakil MDEC iaitu Encik Irma Izaidi Idrus. Kempen ini merupakan inisiatif Kerajaan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk menggalakkan perniagaan secara atas talian oleh peniaga tempatan. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan peniaga mikro beralih ke atas platform online(e-dagang) dan mengetahui kemudahan latihan, on-boarding PKS, subsidi dan khidmat sokongan PKS yang layak.
Seramai 7 orang usahawan di bawah seliaan PI Bogag menyertai program ini. Kempen ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para usahawan tentang platform e-dagang di bawah PENJANA yang boleh mereka sertai untuk menjana pendapatan mereka secara atas talian. Sebelum kelas tamat, pihak Pusat Internet mengambil kesempatan untuk memberikan kempen kesedaran Klik Dengan Bijak (KDB) topik ‘Berita Palsu’ kepada para peserta. Kempen kesedaran ini antara lain bertujuan untuk memastikan para peserta lebih bertanggungjawab dan berwaspada ketika melayari internet. Program ini berlangsung selama 2 jam iaitu bermula dari pukul 10 pagi dan tamat pada pukul 12 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: