Kelas MS Word (Shape), e-Learning & Kempen KDB (Buli Siber)
20 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniKelas MS Word, e-Learning dan Kempen KDB ini telah diadakan pada hari Ahad, 19 Januari 2020 bertempat di Pusat Internet Bogag. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari tentang ribbon shape. Mereka telah diajar cara untuk memasukkan bentuk ke dalam dokumen MS Word. Mereka turut mempelajari cara untuk mengubah urutan, ukuran dan saiz bentuk yang dimasukkan. Selain itu, mereka juga diajar cara untuk memodifikasi gaya bentuk, mengisi warna, dan garis luaran (outline) serta menambahkan efek pada bentuk tersebut.
Selepas itu, mereka diberi latihan pengukuhan menghasilkan lukisan yang bertajuk ‘Rumah Idaman Ku’ menggunakan ribbon shape. Akhir sekali, kuiz atas talian bagi pelbagai subjek pelajaran sekolah rendah dan juga Kempen KDB berkenaan topik Buli Siber diadakan melalui laman web quizizz.com. Melalui kuiz ini, para peserta diharap akan lebih berminat untuk menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran. Disamping itu, mereka juga akan lebih bertanggungjawab serta berwaspada dalam menggunakan internet. Kelas yang berlangsung selama 4 jam bermula pada pukul 1.00 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang ini telah dihadiri oleh seramai 8 orang pelajar sekolah rendah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: