Kelas Asas Microsoft Excel

7 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 4, 5 & 6 Disember 2020, PIK Bogag telah menjalankan Kelas asas MS Excel secara individu bersama seorang peserta yang merupakan surirumah tangga.

Dalam kelas ini, peserta diperkenalkan kepada interface MS Excel serta memahami fungsi asas setiap menu bar dan ribbons yang terdapat dalam MS Excel. Peserta diberikan latihan secara praktikal memasukkan data ke dalam cell dan diajar cara memahami cara add, delete, copy & move worksheet, serta freeze column & row dalam setiap worksheet MS Excel.

Pada hari kedua kelas ini peserta diajar lebih mendalam tentang MS Excel. Beliau diajar cara memahami setiap collumn & row, fungsi drag & drop, serta cara menggunakan formula mudah secara automatik menggunakan formula Autosum. Peserta turut diajar cara yang betul untuk menggunakan dan memasukkan formula yang lebih kompleks untuk menyelesaikan operasi penggiraan tambah, tolak, darab, bahagi serta purata.

Pada hari ketiga pula, peserta menyambung tugasan menyiapkan latihan pada hari sebelumnya. Peserta turut diajar cara menghubungkan formula pada setiap lembaran kerja berbeza. Peserta turut diajar cara saving & sharing workbook, serta cara menyimpan workbook ke dalam bentuk pdf. Peserta kemudiannya diajar cara yang betul melihat hamparan, mengubah margin, mengubah orientasi halaman dan mencetak.

Kelas yang dijalankan selama tiga hari berturut-turut ini dijalankan selama 2 jam setiap hari bermula dari pukul 9 pagi hingga pukul 11 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali