Aktiviti Bulan Kemerdekaan: Kenali Jalur Gemilang, kuiz kemerdekaan & Taklimat KDB

30 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Ogos 2020 PI Bogag telah menjalankan aktiviti bagi menyemarakkan semangat patriotisme dikalangan 5 orang peserta bersempena bulan kemerdekaan ini. Dalam sesi tersebut, para peserta diberi tugasan untuk membuat slaid pembentangan tentang maksud disebalik bendera Malaysia ‘Jalur Gemilang’ menggunakan Ms PowerPoint. Peserta turut diajar asas menggunakan ‘Animation Pane’ untuk memasukkan animasi pada hasil kerja mereka untuk menjadikan slaid pembentangan mereka lebih menarik.

Peserta kemudiannya diberikan taklimat ringkas KDB berkenaan topik óversharing’ bagi memastikan para peserta menjadi pengguna yang bijak dan lebih berwaspada dan bertanggungjawab ketika berinteraksi di media sosial. Seterusnya, bagi menguji pengetahuan peserta berkenaan Hari kemerdekaan dan pembentukkan Malaysia, para peserta turut diberikan kuiz kemerdekaan secara atas talian melalui laman www.quizizz.com.

Aktiviti ini dijalankan pada hari Sabtu bermula dari pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali