Kelas Asas MS Word & Menaip

13 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas MS Word dan Menaip ini telah diadakan pada 12 Disember 2020, hari Sabtu bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag.

Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada MS Word 2013 termasuk ribbon dan tab-tab beserta fungsinya. Selain itu, para peserta turut mempelajari cara memasukkan dan mengubah format teks dan gambar ke dalam MS Word. Akhir sekali, para peserta diberi tugasan menaip petikan pendek bagi menguji pemahaman mereka.

Kelas yang berlangsung selama 1 jam bermula pukul 3 petang dan tamat pada pukul 4 petang ini telah dihadiri oleh 5 orang pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali