MS Word (Surat Rasmi), e-Learning & KDB
13 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniKelas MS Word, E-Learning & KDB ini telah diadakan pada hari Ahad, 12 Mei 2019. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari tentang format surat rasmi yang betul dan juga cara membuat surat rasmi menggunakan Microsoft Word. Selain itu, mereka juga diajar cara untuk membuat surat rasmi untuk memaklumkan tentang ketidakhadiran mereka di sekolah kepada guru kelas mereka.
Selepas itu, sesi soalan kuiz pelbagai subjek matapelajaran diadakan secara atas talian melalui laman web www.kahoot.com bagi meningkatkan pengetahuan mereka terhadap subjek matapelajaran yang dipelajari di sekolah. Disamping itu, ia juga dapat mendedahkan para peserta kepada pembelajaran atas talian dan sekaligus menarik minat para peserta terhadap penggunaan ICT untuk tujuan pelajaran dan pembelajaran.
Akhir sekali, taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) tentang topik ‘Cyber Grooming’ diadakan bagi mendidik para peserta tentang panduan keselamatan di internet terutamanya ketika menggunakan media sosial mereka. ‘Cyber Grooming’ adalah apabila seseorang (sering kali dewasa) berkawan dengan kanak-kanak dalam talian dan membina hubungan emosi dengan niat untuk membuat penderaan seksual, eksploitasi seksual atau pemerdagangan.
Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 8 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: